Sunday 20 November 2011

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN MATEMATIK (BERSERTA PROGRAM LINUS) TAHUN 2

Matapelajaran dan Kelas  : Matematik Tahun 2 Bestari

Topik                                     : Nombor bulat hingga 1000

Masa                                      : 60 minit
                                                                                                        
Standard Pembelajaran                : 1.1 (i)

Objektif Pembelajaran                   :

Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat :

Menamakan nilai nombor hingga 1000
a)menyebut sebarang nombor dalam angka dan perkataan.
b)memadankan angka dengan perkataan.

Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran :

Murid Perdana
·         Murid ditunjukkan beberapa kad nombor dalam perkataan dan menyebut perkataan tersebut.
·         Murid diminta membina gabungan nombor tiga digit dan menyebutnya.
·         Murid diminta memadan nombor dan perkataan.

Murid LINUS (Numerasi)
·         Murid menyebut sebarang  nombor dua digit yang diberi dalam bentuk angka.
·         Murid menyebut sebarang nombor dua digit yang diberi dalam  perkataan.
·         Murid memadankan nombor dan perkataan.



Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
Kreativiti dan Inovasi – menyusun dan membina nombor

Bahan Bantu Belajar:
Kad Imbasan Nombor dan kad perkataan.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian, perbincangan dan lembaran kerja.

Refleksi :
33 daripada 37 murid menguasai pembelajaran. Murid yang belum menguasai dibimbing melalui aktiviti latih tubi.

No comments:

Post a Comment