Monday, 19 December 2011

TAHUKAH ANDA??

Manusia mula belajar sejak dari peringkat bayi lagi. Bayi yang baru lahir mewarisi berbagai-bagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi terus menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar kepadanya.Ini bererti wujud satu atur cara genetis semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak seterusnya menjadi dewasa. Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan menjadi pengetahuan dan memperkembangkan keupayaan kognitifnya. Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan susunan aturan (ordering). Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat perbandingan. Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di kalangan bentuk-bentuk. Reguan merupakan kegiatan menyatakan keselarian objek-objek secara satu lawan satu. Manakala susunan aturan adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu barisan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes.

KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIK

Setelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes kita dapat melihat ia ada kaitan dengan konsep konstruktivisme. Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak tersebut. Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimentasi di sampingpembelajaran koperatif. Apabila kanak-kanak bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea. Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina pengetahuan baru hasil daripada pembelajaran secara kendiri.

Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Kanak-kanak juga didorong untuk mengemukakan idea dan teori bagi menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan matematik, kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunakan untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang dipelajari akan datang.

Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan.

Monday, 21 November 2011

MY MIKRO TEACHING

video


Apa komen anda?? Ada sebarang penambahbaikan ke??

JOM MENYANYI SAMBIL MENGIRA..



FAKTA ASAS (BAHAGI)

  1.
2 ¸  =
24.
48 ¸ 8 =
47.
24 ¸=
70.
4 ¸ 4   =
  2.
16 ¸ 4 =
25.
25 ¸ 5 =
48.
15 ¸ 5  =
71.
15 ¸ 3 =
  3.
45 ¸ 5 =
26.
56 ¸ 7 =
49.
4 ¸ 1    =
72.
36 ¸ 6 =
  4.
72 ¸ 9 =
27.
18 ¸ 3 =
50.
20 ¸ 4  =
73.
8 ¸ 4   =
  5.
0 ¸  =
28.
12 ¸ 2 =
51.
18 ¸=
74.
20 ¸ 4 =
  6.
21 ¸ 7 =
29.
9 ¸  =
52.
9 ¸ 1    =
75.
21 ¸ 3 =
  7.
32 ¸ 4 =
30.
63 ¸ 9 =
53.
8 ¸ 8    =
76.
28 ¸ 4 =
  8.
49 ¸ 7 =
31.
24 ¸ 3 =
54.
10 ¸ 5 =
77.
16 ¸ 2 =
  9.
6 ¸ 1    =
32.
14 ¸ 7 =
55.
36 ¸ 4 =
78.
54 ¸ 9 =
10.
6 ¸ 6    =
33.
0 ¸ 9    =
56.
9 ¸  =
79.
7 ¸ 1   =
11.
14 ¸ 2 =
34.
20 ¸ 5 =
57.
56 ¸ 8 =
80.
27 ¸ 3 =
12.
30 ¸ 6 =
35.
5 ¸ 5    =
58.
30 ¸ 5 =
81.
0 ¸ 1   =
13.
18 ¸ 6 =
36.
24 ¸ 8 =
59.
42 ¸ 6 =
82.
40 ¸ 8 =
14.
32 ¸ 8 =
37.
81 ¸ 9 =
60.
27 ¸ 9 =
83.
18 ¸ 2 =
15.
42 ¸ 7 =
38.
6 ¸  =
61.
35 ¸=
84.
12 ¸ 3 =
16.
64 ¸ 8 =
39.
16 ¸ 8 =
62.
2 ¸ 2    =
85.
1 ¸ 1   =
17.
12 ¸ 6 =
40.
12 ¸ 4 =
63.
0 ¸ 5    =
86.
72 ¸ 8 =
18.
5 ¸ 1    =
41.
63 ¸ 7 =
64.
8 ¸ 1    =
87.
0 ¸ 7   =
19.
0 ¸ 3    =
42.
0 ¸ 8    =
65.
28 ¸ 7 =
88.
6 ¸ 2   =
20.
48 ¸ 6  =
43.
10 ¸ 2 =
66.
45 ¸ 9 =
89.
0 ¸ 2   =
21.
8 ¸ 2    =
44.
3 ¸ 3    =
67.
4 ¸ 2    =
90.
54 ¸ 6 =
22.
38 ¸=
45.
40 ¸ 5 =
68.
7 ¸ 7    =


23.
35 ¸ 7 =
46.
24 ¸ 6 =
69.
36 ¸ 9 =