Wednesday 16 November 2011

JENIS KEPINTARAN...

Terdapat pelbagai teori yang cuba menjelaskan perbezaan kepintaran seseorang.  Kajian awal oleh Francis Galton menunjukkan bahawa mereka yang berjaya dalam bidang intelek tertentu akan turut berjaya dalam bidang yang lain. Ini menunjukkan kepintaran jenis umum.

Charles Spearman meneruskan usaha Galton dan kajian beliau merumuskan bahawa manusia mempunyai kedua-dua jenis kepintaran umum dan khusus.   Sebaliknya Howard Gardner pula berdasarkan kajiannya mencadangkan bahawa manusia mempunyai pelbagai jenis kepintaran yang boleh dikategorikan kepada 7 kumpulan utama iaitu:

• Kepintaran Muzik
   o Contoh: ahli muzik

• Kepintaran Kinestetik atau pergerakan badan
   o Contoh: ahli sukan atau penari

• Kepintaran Logik Matematik
   o Contoh: saintis, pencipta atau ahli matematik

• Kepintaran Bahasa
   o Contoh: penulis atau ahli bahasa

• Kepintaran "Spatial"
   o Contoh: pelayar, arkitek, artis atau pemandu pelancong

• Kepintaran "Interpersonal"
   o Contoh; pakar sakit jiwa, pakar psikologi atau kaunselor

• Kepintaran "Intrapersonal"
   o Contoh; ahli falsafah, pakar sakit jiwa atau pakar psikologi

• Kepintaran Rohani
   o Contoh; imam, sami atau pendakwah

Dari manakah punca kepintaran?
Kebanyakan kajian merumuskan bahawa kepintaran adalah kombinasi fakta keturunan dan persekitaran.

No comments:

Post a Comment