Sunday 20 November 2011

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN MATEMATIK (TANPA PROGRAM LINUS) TAHUN 2

Matapelajaran dan Kelas  :  Matematik Tahun 2 Bestari

Topik                                     :  Nombor bulat hingga 1000

Masa                                      :  60 minit

Standard Pembelajaran    :  1.1(i)


Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat:

Menamakan nilai nombor hingga 1000
a)         menyebut sebarang nombor dalam angka dan perkataan.
b)         memadankan angka dengan perkataan.


Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran:
1.            Murid ditunjukkan beberapa kad nombor dalam perkataan dan menyebut perkataan tersebut.
2.            Murid ditunjukkan beberapa kad nombor dan menyebut nombor tersebut.
3.            Murid diminta membina gabungan nombor tiga digit dan menyebutnya.
4.            Murid diminta memadan nombor dan perkataan.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
Kreativiti dan Inovasi – menyusun dan membina nombor

Bahan Bantu Belajar:
Kad imbasan nombor dan nombor dalam perkataan.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian dan perbincangan dalam kelas.

Refleksi :
33 daripada 37 murid menguasai pembelajaran. Murid yang belum menguasai dibimbing melalui aktiviti latih tubi.

No comments:

Post a Comment